“Sebenarnya Kami melontarkan yang
hak kepada yang batil lalu yang hak itu
menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.”
Surah al-Anbiya: 18
AGAMA BATIL: MATERIALISME DAN DARWINISME
Materialisme adalah sebuah ideologi yang telah
lama wujud dengan dakwaan bahawa materi adalah merupakan satu-satunya
kewujudan yang mutlak. Berdasarkan kepada dakwaan yang sesat ini, materi
telah wujud sejak azali dan akan kekal wujud selama-lamanya. Ciri-ciri
yang paling penting mengenai materialisme adalah penolakannya terhadap
kewujudan suatu zat Pencipta berserta segala kandungan ajaran agama.
Di sana juga terdapat pelbagai pergerakan dan ideologi yang menjulang
sistem agama yang agama batil sebagai suatu dogma dan materialisme adalah
merupakan asas bagi sebilangan besar mereka. Dalam pengertian lain,
pengaruh yang paling kuat dan berkesan di dalam sistem agama batil adalah
fahaman materialisme.
Sejak zaman Sumeria dan Greek purba lagi,
pola pemikiran materialisme telah tersebar lua. Akan tetapi, khususnya
pada kurun ke-19, kepercayaan karut ini menjadi kukuh sebagai sebuah
corak pemikiran yang diiktiraf. Tetapi di saat ia ingin meraih momentum
sokongan yang padu, masih terdapat halangan yang besar terhadap pemahaman
ala-materialis iaitu sebuah persoalan, 'bagaimana alam semesta dan makhluk
hidupan wujud?'.
Sementara itu, teori evolusi yang dikemukakan
oleh Charles Darwin telah bersiap sedia dengan jawapan (yang pada hakikatnya
tidak memiliki sebarang nilai ilmiah) yang sekian lama ditunggu oleh
para materialis. Berdasarkan kepada teori yang tidak berasas ini, material
yang mati secara kebetulan berhimpun padu melalui kuasa yang sembarangan
untuk membentuk sel tunggal yang pertama. Dan berdasarkan kepada Darwinisme,
seluruh makhluk hidupan di atas muka bumi akhirnya mula terbentuk yang
bermula dengan proses evolusi sel tunggal yang pertama.
Melalui dakwaan ini, Darwin serta-merta menjadi
arkitak utama bagi sebuah kepalsuan yang paling besar di dalam sejarah
bidang sains. Teorinya adalah jauh daripada berlandaskan kepada sebarang
penemuan saintifik seperti mana yang diakunya sendiri. Sebenarnya, beliau
juga telah menawarkan pengakuan di dalam bukunya The Origin of Species
bahawa teori evolusi amat lemah berhadapan dengan banyak persoalan penting.
Bahkan beliau sendiri berharap agar kemajuan di dalam bidang sains kelak
akan menjawab segala kesulitan ini dan penemuan saintifik yang mutakhir
turut akan membuktikan teorinya. Beliau sering menyebut hal ini di dalam
bukunya, tetapi bertentangan dengan apa yang diharapkannya, kemajuan
di dalam pelbagai lapangan bidang sains bahkan membatalkan dakwaan asas
teorinya, satu demi satu. Hakikatnya, di sebalik semua propaganda evolusionis,
teori evolusi adalah, sebagaimana yang diutakan oleh Michael Denton
seorang ahli biologi Australia; sebuah teori dalam krisis.
Sewaktu abad ke-19, fakta saintifik yang berhubung
dengan teori evolusi masih belum diketahui. Sementara itu, disebabkan
golongan materialis sedang berada dalam usaha pencarian terhadap sokongan
saintifik, teori ini akhirnya diterima sebagai peluang keemasan kerana
apa yang sebenarnya didakwa oleh Darwin adalah merupakan suatu penafian
terhadap kewujudan Sang Pencipta. Ketika itu, dakwaan bahawa manusia
berkembang secara kebetulan daripada materi yang mati semata-mata adalah
suatu pernyataan yang ditunggu-tunggu oleh para materialis.
Philip Johnson, seorang profesor di Universiti
Chicago, terkenal dan disegani di khalayak ahli akademik melalui penulisan
dan kritikan terhadap teori evolusi, menjelaskan apa yang dipersembahkan
oleh teori evolusi terhadap sistem pemikiran keagamaan ateisme:
.. Kejayaan Darwinisme menggambarkan
penolakan Tuhan dan menyediakan pentas bagi menggantikan agama samawi
dengan sebuah kepercayaan yang berdasarkan naturalisme evolusi. Kepercayan
baru ini akan menjadi asas bukan sahaja bagi sains tetapi juga kerajaan,
undang-undang dan nilai etika. Ia akan menjadi falsafah keagamaan moden
yang kukuh. 1
Kenyataan Philip di atas melihatkan matlamat
utama para penyokong falsafah agama batil ini. Golongan materialis yang
didorong utnuk membentuk sebuah masyarakat keagamana palsu yang menafikan
kewujudan Allah dan undang-undang-Nya mendakwa bahawa di sana tidak
ada sesuatu pun yang haru menjadi kiblat setiap manusia untuk merasa
tanggungjawab. Iaitu rasional sesat memuaskan hawa nafsu bagi jenis
manusia yang tidak mampu dididik oleh sesiapa pun. Impian mereka diringkaskan
di dalam ucapan salah seorang saintis mereka sebagai berikut:
Manusia berdiri sendiri
di alam semesta ini, produk unik sebuah proses material yang panjang,
mati, tidak berperasaan, dengan potensi dan pemahaman yang unik. Dia
tidak terikat dengan sesiapa melainkan dirinya dan kepada dirinyalah
ia bertanggungjawab.2
Sesiapa sahaja yang memiliki jiwa yangh idup
dan kewarasan akal fikiran yang mampu melihat betapa jelas tidak masuk
akal kenyataan di atas. Pengarang ucapan ini, seorang saintis dengan
pandangan hidup materialis menyifatkan kewujudan manusia kepada kejayaannya
sendiri. Bagaimanapun, adalah amat jelas bahawa manusia tidak mempunyai
sebarang kuasa atau pun membuat keputusan di dalam mana-mana peringkat
kejadian manusia. Maha suci Allah adalah Pencipta manusia dengan begitu
sempurna namun keghairahan untuk menjadi makhluk 'yang bebas tanpa sebarang
ikatan' memandu materialis untuk mendakwa bahawa materi yang mati dan
kaku berupaya membentuk zat yang sedar dan bijaksana.
Seperkara yang harus diingat ialah keinginan
para golongan kafir untuk bebas daripada sebarang pertanggungjawaban
tidak menghairankan apabila melihat kepada golongan materialis dan evolusionis
abad ke-19 dan 20. Di dalam al-Qur'an, Allah berfirman mengenai kewujudan
umat terdahulu yang berkongsi pemikiran yang sama:
Seperti mana yang dinyatakan di dalam ayat
tersebut, Allah mencipta manusia daripada setitis air dan sekaligus
membentuknya. Manusia tidak sekali-kali berkuasa ke atas penciptaannya
kerana mereka sendiri adalah merupakan suatu hasil ciptaan. Akan tetapi,
walaupun hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah namun segelintir manusia
masih berani menyifatkan kewujudan mereka terhadap alam dan mendakwa
sebagai makhluk yang tidak 'dipertanggungjawabkan'.
Konsep pelepasan manusia daripada sebarang
pertanggungjawab yang diuja oleh pemikiran materialis dan disokong oleh
teori evolusi kini menguasai struktur sosial moden dan dunia saintifik
serta ideologi yang ada hari ini. Impak daripada arus pemikiran menyeleweng
yang mencetuskan peperangan terhadap nilai moral yang menyediakan suatu
peraturan dan kesatuan kepada masyarakat begitu jelas terhasil di dalam
kemerosotan generasi.
Hari ini, sains telah membuktikan bahawa konsepsi
materialisme termasuk teori evolusi adalah suatu kesilapan kerana tidak
berlandaskan kepada sebarang bukti saintifik dan ia akan terus dibatalkan
oleh penemuan ilmiah kontemporari. Tetapi, di bawah pupukan sosial yang
berterusan untuk selama 150 tahun, materialisme dan teori evolusi masih
dipertahankan oleh banyak pihak seolah-olah fakta yang telah terbukti
benar. Ini adalah kerana para penyokong agama batil ini dalam keadaan
terdesak amat memerlukannya untuk menafikan kewujudan Allah sekaligus
menarik jauh manusia daripada ajaran agama dan nilai etika yang mulia.
Kalau pun tidak, mereka akan tetap mencari asas yang lain sebagai langkah
mempertahankan pegangan 'agama' mereka.
Mempertahankan Teori yang Dibatalkan Sains
Sebahagian besar para saintis hari ini secara
terangan mengakui punca yang mendorong mereka terus mempertahankan konsep
evolusi dan materialisme meskipun fakta saintifik kontemporari yang
begitu jelas. Sebagai contoh, Philip Johnson memetik dan mengulas kenyataan
Richard Lewontin, seorang ahli genetik dari Universiti Harvard dan penyokong
bersemangat terhadap teori evolusi dengan kepercayaan membabi-buta terhadap
materialisme:
'Masalah paling asas bukanlah
memberi pengetahuan mengenai kedudukan bintang yang paling dekat atau
unsur yang membina gen kepada masyarakat umum. Bahkan, masalahnya ialah
untuk menarik mereka agar menolak penerangan tidak rasional dan supernatural
mengenai dunia... '. Apa yang perlu dipelajari oleh umum ialah samada
suka atau tidak, kita wujud sebagai zat material di dalam sebuah dunia
material, seluruh fenomena adalah akibat daripada hubungan material
di antara entiti material. Dalam sebuah perkataan, masyarakat umum perlu
menerima materialisme, yang bermaksud bahawa mereka harus [menolak]
Tuhan. 3
Kenyataan ini secara jelas mendedahkan akidah
pegangan golongan materialis yang berasaskan kepada rasional yang sesat.
Fakta yang diakui oleh sains hari ini menunjukkan bahawa dakwaan yang
diutarakan tersebut adalah sangat bertentangan terhadap logik dan kewarasan.
Tetapi di sebalik semua data saintifik, mereka membabi buta memberi
komitmen terhadap kepercayaan dan terus berjuang di atas namanya. Dr.
Michael Walker, seorang ahli antropologi dari Universiti Sydney menjelaskan
punca di sebalik propangada teori evolusi yang berterusan:
Kita terpaksa menyimpulkan
bahawa kebanyakan saintis dan ahli teknologi memberi sokongan terhadap
teori Darwin hanya kerana ia mengemukakan penafian terhadap Pencipta.4
Philip Johnson yang secara ilmiah menolak
dakwaan karut Darwinisme, menghuraikan punca mengapa ia menjadi suatu
kepentingan 'yang tidak tergantikan' bagi para saintis yang ateis dan
mempertahankannya dengan segala upaya mereka:
Para pemimpin sains melihat
diri mereka terhimpit di dalam sebuah perjuangan terdesak menentang
fundamentalis agama, iaitu label yang mereka gunakan secara meluas terhadap
sesiapa yang beriman kepada Zat Pencipta yang memainkan peranan aktif
di dalam urusan duniawi. Darwinisme memainkan peranan ideologikal yangmustahak
di dalam perang menentang fundamentalisme. Atas sebab itu, organisasi
saintifik diabdikan untuk mempertahankan Darwinisme lebih daripada mengujinya,
dan hukum penyelidikan ilmiah telah dibentuk untuk membantu kejayaan
mereka. 5
Para penyokong terkemuka materialis dan ahli
falsafah ateis yang berjuang untuk menyebarkannya ke seluruh dunia,
seperti yang dinyatakan oleh Johnson, menganut teori evolusi Darwin
hanya kerana ia menyediakan sebuah asas yang didakwa saintifik untuk
ideologi mereka. Hal ini telah diperhatikan sejak teori evolusi pertama
kali dikumandangkan. Karl Marx, pengasas materialisme dialektik yang
memusuhi agama sering menekankan nilai kepentingan teori ini terhadap
ideologinya. Dalam sepucuk surat yang ditulis Marx untuk sahabat karibnya
Engels, beliau menjelaskan pendapatnya mengenai Darwinisme:
... ini adalah buku yang
mengandungi asas di dalam sejarah semulajadi untuk pandangan kita. 6
Dan selepas membaca buku Darwin, The Origin
of Species, Friedrich Engels mengulas:
Teori kita adalah teori
evolusi, bukanlah sebuah dogma yang dihafal dan diulang secara mekanikal.
7
Seorang profesor botani berbangsa Amerika,
Conway Zirkle menerangkan mengapa para pengasas komunisme, Marx dan
Engels begitu taksub mengagungkan Darwinisme:
Marx dan Engels dengan segera
menerima evolusi setelah Darwin menerbitkan The Origin of Species. Evolusi
sudah pasti merupakan apa yang amat diperlukan untuk menerangkan bagaimana
kewujudan manusia tanpa campurtangan sebarang kuasa ghaib, dan hasilnya
ia dapat digunakan untuk menyokong asas falsafah materialistik mereka.
Sebagai tambahan, tafsiran Darwin mengenai evolusi bahawa evolusi adalah
terhasil melalui tindakan piihan semulajadi memberi mereka sebuah hipotesis
lain berbanding penjelasan yang lazimnya bersifat tauhid, mengenai fakta
yang terlihat bahawa seluruh bentuk hidupan beradaptasi kepada persekitaran
mereka. Sebenarnya, pilihan wajar memudahkan usaha mengugurkan ketauhidan
sepenuhnya dan kemuncaknya, para saintis dapat menerangkan dunia organik
di dalam istilah materialistik.8
Apa yang jelas dari kenyataan di atas, punca
utama mengapa Marx dan Engels memberi sokongan terhadap Darwin ialah
rasa kebencian mereka terhadap agama. Ini adalah sebab mengapa mereka
berpegang teguh ke atas mekanisme yang tidak memiliki sebarang nilai
saintifik dan yang pada asasnya adalah merupakan khayalan imaginasi.
Sesungguhnya, Friedrich Engels menjelaskan di dalam bukunya mengenai
kepentingan teori evolusi:
Dia [Darwin] meranapkan
konsep metafizikal dengan buktinya bahawa dunia organik hari ini, tumbuhan,
haiwan dan termasuk manusia adalah hasil sebuah proses evolusi yang
berlangsung sepanjang berjuta-juta tahun. 9
Apa yang jelas, Engels juga melakukan kesilapan
dengan menganggap bahawa teori evolusi memberi sebuah penjelasan tentang
kewujudan berjuta-juta jenis organisma hidupan di muka bumi. Engels
bukanlah seorang yang hanya mempercayai bahawa teori Darwin merupakan
sebuah fakta yang sahih tetapi juga Joseph Stalin, pemimpin komunis
paling kejam dalam sejarah, juga turut menekankan kepentingan teori
evolusi ini di dalam autobiografinya:
Untuk membersihkan minda
penuntut seminar kita mengenai mitos bahawa bumi diciptakan dalam enam
hari, kita harus berkenalan dengan asal usul geologi dan usia bumi,
dan mampu membuktikannya dengan agumen; kita harus membiasakan diri
kita dengan pengajaran Darwin. 10
Apa yang jelas di sini, persamaan umum di
antara sistem pemikiran materialis dan teori evolusi Darwin ialah, tanpa
diragui, keduanya adalah 'agama' batil di mana tujuan utama penganjurnya
ialah menafikan kewujudan Tuhan. Di dalam al-Qur'an, Allah memaklumkan
mengenai usaha perjuangan masyarakat terdahulu untuk membawa manusia
ke lembah kufur:
Dan Kami jadikan mereka
pemimpin-pemimpin yang menyeru ke neraka dan pada hari kiamat mereka
tidak akan ditolong. Surah Qasas: 41 11
Dalam sepotong ayat lain, Allah mengisyaratkan
saat akhir yang menanti bagi golongan kufur dan mengajak manusia lain
menuruti mereka:
Maka siapakah yang lebih zalim daripada
orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak
Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat
Kami dengan siksaan yang buruk disebabkan mereka selalu berpaling. Surah
Al-An'aam: 157
Pembatalan materialisme akan
menjadi suatu titik akhir terhadap kekufuran yang hari ini semakin berleluasa
di dalam masyarakat. Menuju saat ini, adalah satu keperluan bagi manusia
untuk mengetahui hakikat sebenar bahawa materi bukanlah entiti yang
mutlak dan bahawa dari sudut sains, teori evolusi adalah teori yang
tidak wajar.12 Dan dengan demikian, kehancuran semua
ideologi yang menafikan kewujudan Tuhan adalah merupakan saat yang pasti
bagi sistem pemikiran ala-materialisme. Seperti yang dinyatakan Allah:
Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan
kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang mereka sering kerjakan.
Surah Al-A'raf: 139
Aspek Signifikan Darwinisme Terhadap Agama
Batil
Sesetengah pembaca mungkin berfikir bahawa
Darwinisme dan materialisme tidak mungkin menjadi asas penting bagi
sistem kekufuran disebabkan sebahagian besar manusia tidak langsung
menyedari konsep ini dan jauh dari mengamalkan sistem tanpa agama apatah
lagi untuk memisahkan kehidupan daripadanya. Seimbas pandang, kenyataan
ini ada benarnya; di zaman ini manusia cenderung hidup tanpa sebarang
nilai kewarasan akal fikiran. Keinginan-keinginan seperti mengejar wang
ringgit dan membina gaya hidup yang ekstrem memenuhi setiap aspek budaya
dan sosial yang lazim, khususnya di kalangan remaja. Budaya ini mengabaikan
kepentingan tarbiyah naluri seperti persoalan, Bagaimana saya wujud?
atau, Siapakah yang mencipta saya? Manusia tidak pernah terfikir untuk
mempersoalkan maksud penciptaa mereka atau pun pembohongan yang jelas
dilakukan di dalam teori evolusi. Bahkan, mereka disibukkan dengan pelbagai
isu yang remeh-temeh seperti kehidupan selebriti dan gosip hangat bintang
pujaan yang sebenarnya mempunyai pengaruh kerosakan yang besar sekaligus
menutup mata hati mereka dari memikirkan hakikat penting yang lain seperti
soal kewujudan dan maksud penciptaan. Apa yang menjadi rutin harian
seperti mencari kebendaan dan masalah remeh-temeh terus menerus menguasai
akal mereka. Ringkasnya, individu yang meletakkan kepercayaan mereka
terhadap Darwinisme sepenuhnya dan secara sedar menganut falsafah materialis
bukanlah merupakan bahagian yang besar di dalam masyarakat; majoriti
manusia yang hidup jauh daripada pegangan agama adalah kerana tidak
menggunakan akal fikiran. Di titik ini, sebuah persoalan timbul: Adakah
Darwinisme dan materialisme sangat penting?
Penelitian lebih hampir mendedahkan bahawa
Darwinisme pada hakikatnya adalah kuasa paling besar yang menunjangi
sistem agama batil kerana para penganutnya, walaupun merupakan bahagian
yang kecil di dalam sesuatu masyarakat, tetapi adalah merupakan barisan
intelektual di dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di dalam
satu kajian sosial yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, hanya
sembilan peratus dari seluruh individu mengaku mereka adalah golongan
evolusionis ateis. Akan tetapi, bahagian masyarakat ini adalah merupakan
golongan yang menduduki jawatan penting di dalam pelbagai universiti,
media massa, institusi saintifik kerajaan dan di dalam industri perfileman.
Anggota yang mentadbir masyarakat, yang menubuhkan polisi pendidikan
dan membentuk corak pemikiran masyarakat melalui media secara umumnya
adalah merupakan golongan tersebut.
Secara global, situasi ini dapat dilihat
sebagai suatu kelaziman di dalam banyak negara. Di sini, indikasi penting
adalah usaha bersifat kebudayaan dan ideologi yang diutarakan oleh para
penyokong ideologi komunis. Kecuali di dalam beberapa negara, fahaman
komunisme telah pun disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme mashi tetap
dijulang oleh golongan tertentu kerana prinsip keraja komunisme iaitu
aliran falsafah materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang sama,
para komunis mengutarakan mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit kegagalan
di dalam teori ekonominya, namun materialisme masih tetap bertahan.
Sebenarnya, di dalam kebanyakan negara, pergerakan komunis adalah berada
di dalam kedudukan yang kukuh dengan pengaruh yang besar di dalam pelbagai
bidang sains, kesenian dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar
psuat penerbitan dan fahaman mereka begitu tersebar luas di dalam banyak
anjuran pesta-pesta buku. Sekumpulan kolumnis dan eksekutif di dalam
media popular yang umumnya dikenali sebagai generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan
fahaman Marxisme. Walaupun begitu yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme,
mereka tetap setia terhadap falsafah materialis dan tetap menganggap
agama samawi sebagai candu bagi masyarakat.
Sebaliknya, Darwinisme aalah agama yang hakiki
bagi mereka. Mereka berdegil mempertahankan Darwinisme dan berusaha
gigih untuk menghidupkan semula teorinya. Kesannya, sebahagian besar
masyarakat tidak pernah memikirkan persoalan seperti kewujudan manusia
akibat tipu daya Darwinisme. Di dalam institusi pendidikan pula, para
pelajar diindoktrinasikan oleh para instruktor berfahaman Darwinisme
sambil mempamerekan sejumlah buku ateisme dan mengumandangkan mesej
yang sama di pusat pameran serta di galeri kesenian dan teater. Ringkasnya,
beginilah sebenarnya pembudayaan mentaliti ateisme yang sekaligus mempengaruhi
golongan terpelajar dan individu lain di dalam masyarakat. Mereka yang
terjerat dengan pengaruh ini pasti akan beranggapan bahawa Darwinisme
adalah sebuah realiti saintifik dan memandang agama sebagai sebuah kepercayaan
tradisional yang dianut oleh masyarakat silam dan golongan yang ketinggalan
zaman. Hal yang serupa, di dalam al-Qur'an ketika manusia ditanya, Apakah
yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Golongan yang kafir akan menjawab,
'Cerita-cerita orang terdahulu'.
Pada asasnya, agama adalah sebuah hakikat
kebenaran yangjelas dan mutlak yang tidak berkaitan dengan sebarang
tradisi atau adat budaya tertentu. Agama adalah merupakan hubungan makhluk
dengan Tuhan, iaitu hakikat yang sering diabaikan oleh evolusionis.
Sebagai langkah untuk memusnahkan budaya ateis dan merentap tabir yang
menutup mata hati sesebuah masyarakat, adalah satu keperluan untuk memusnahkan
Darwinisme berserta falsafah materialis yang lain dengan memanfaatkan
kajian-kajian saintifik yang mutakhir.
1.Defeating
Darwinism, m/s.99
2.Life of the Past: An Introduction to Paleontology, m/s. 155.
3.Objections Sustained, m/s. 69-70.
4.Dr. Michael Walker, "Evolved Or Not, That's the Question," Quadrant,
October, 1981, m/s. 45. 5.Darwin on Trial, m/s. 155.
6.Cited in Evolution, Marxian Biology and the Social Science, m/s. 527.
7.Marx and Engels Correspondence, International Publishers, 1968, Letter from
Engels to Florence Kelley Wischnewetsky.
8.Evolution, Marxian Biology and the Social Science, m/s. 85-86.
9.Socialism: Utopian and Scientific, m/s. 67
10.Cited in Landmarks in the Life of Stalin, m/s. 12. 11. Surah al-Qasas: 41. Hal ini merujuk kepada
Fir'aun. Untuk lebih lanjuut, sila rujuk bab, " SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL
MENUJU KE LEMBAH NERAKA"
12.Di dalam bahagian 'Misteri di Sebalik Materi', diterangkan mengenai keterbatasan
sifat materi (kebendaan) yang mana menurut golongan materialis, "memusnahkan
seluruh kultur tekstur materialism"
2006
Harun Yahya International. Semua material dalam laman ini boleh disalin
semula, dicetak, diedar dan diterbitkan secara percuma