|
KASHMIR
Umat Islam Kashmir Sedang Menunggu Bantuan
Seperti
kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir
telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan
konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan kestabilan tidak wujud di Kashmir
selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan
oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya.
Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima. Memandangkan kawasan yang diduduki India ini terletak di kawasan gunung-ganang, maka ia menjadi petempatan strategik untuk mengawal keadaan persekitaran. Inilah sebabnya mengapa Kashmir, yang memiliki kepentingan strategik dan kekayaan hasil buminya, telah menarik banyak bangsa sepanjang sejarahnya. Walau bagaimanapun, sebab paling utama mengapa negara-negara di kawasan tersebut amat berminat terhadap Kashmir adalah kerana identiti Muslimnya.
India, yang terkenal dengan sikap prejudisnya menentang Islam, ataupun Rusia dan China tidak akan membenarkan Kashmir untuk mencapai objektifnya menjadi sebuah negara Islam merdeka, atau pun bersatu dengan kerajaan Islam Pakistan. Hakikat bahawa rakyat Kashmir yang merupakan umat Islam menjadi sebab asas kepada terjadinya sekatan ekonomi, tindakan kekejaman, penahanan dan penderaan yang tidak berjustifikasi yang dikenakan ke atas mereka. Dengan cara ini, kuasa-kuasa tersebut dapat menghalang umat Islam dari memegang kuasa, dari segi ekonomi dan juga politik. Dengan cara yang sama juga, mereka turut melakukan sekatan dan tekanan antarabangsa untuk menghalang kerajaan Islam Pakistan dari menyokong rakyat Kashmir.
Pergerakan yang Terancang dan Strategik di Kashmir
Sub-benua India kekal di bawah pengaruh British sehingga
akhir Perang Dunia II. Apabila British berundur, umat Islam India berhasrat
untuk memiliki negara mereka sendiri dan dengan itu menubuhkan Pakistan.
Terdapat perpindahan populasi di antara India dan Pakistan. Ramai umat
Islam yang tinggal di India berpindah ke Pakistan. Walau bagaimanapun
Jammu/Kashmir yang majoriti populasinya terdiri daripada umat Islam, terus
kekal di bawah kawalan India. Hal ini terjadi akibat muslihat India dan
juga sokongan daripada pihak British. Kashmir terus hidup di bawah penindasan
India sehingga kini.
 
Berlaku tragedi kemanusiaan yang memilukan
di luar kem-kem pelarian di Kashmir. Sehingga 10 orang dimuatkan
dalam sebuah bilik, khemah satu katil. Umat Islam Kashmir sedang
berhadapan dengan kebuluran, kemarau dan penyakit berjangkit. Apa
yang boleh dijadikan makanan adalah beberapa ranting kering yang
dicampakkan ke dalam perigi. |
Umat Islam Kashmir berharap untuk menentang peraturan
India yang menekan itu dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan. India telah
menjalankan proses pembunuhan beramai-ramai terbesar sebanyak tiga kali,
iaitu pada 1947, 1965 dan 1971. Beratus-ratus ribu umat Islam Kashmir
dibunuh. Lebih 4,000 orang wanita didera dan diperkosa. Sekolah-sekolah
yang menyediakan pendidikan keagamaan telah ditutup untuk mengelakkan
daripada berlakunya kesedaran Islam.18 Pergerakan pembunuhan
dan asimilasi menjadi semakin kejam selepas tahun 1990. Rakyat ditahan
tanpa sebab dan diseksa sehingga mati. Rumah-rumah dirampas, rakyat yang
tidak bersenjata dianiaya, dan syarikat akhbar serta sekolah-sekolah ditutup.
Kerajaan India masih tidak berasa puas dengan melakukan kekejaman bersenjata
sahaja. Maka, empangan yang diperlukan untuk tujuan pertanian turut dirampas
untuk menekan lagi umat Islam. Mereka mengisinya sehingga penuh dan tiba-tiba
membukanya kembali apabila hujan monsun tiba. Kesannya, kawasan tanah
rendah di Kashmir dan Pakistan mengalami banjir. Malah, beribu-ribu manusia
kehilangan nyawa dan kawasan yang terlibat pula mengalami kerosakan yang
sangat teruk.
Pada
bulan Oktober 1993, satu siri serangan besar-besaran telah dilakukan ke
atas Masjid Hazratbal di Srinagar yang merupakan ibu kota Kashmir. Pihak
berkuasa India telah mengepung masjid tersebut selama lebih kurang sebulan
kerana mendakwa ia menjadi sarang latihan militari umat Islam. Lebih dari
100 orang telah dibunuh ketika itu. 300 orang yang tidak bersalah pula
telah ditahan. Bekalan elektrik dan air ke bandar tersebut telah dipotong.
Sebagai tambahan kepada penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan India di Kashmir, masalah pelarian yang serius turut berlaku. Di bawah ini, anda dapat membaca luahan Sefer Turan, seorang wartawan televisyen Turki, Kanal 7, berkenaan nasib para pelarian yang terdapat di dalam kem yang sedang dibincangkan ini. Ia sudah cukup untuk memberikan kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku:
Kem pelarian Ambor telah ditubuhkan pada 1990 untuk penduduk
Kashmir yang melarikan diri dari Jammu Kashmir. Taraf hidup adalah sangat
rendah dari kebiasaan. Para pelarian ditempatkan di dalam rumah-rumah
sempit yang berlumpur. Di dalam sebuah rumah satu bilik yang kami masuk,
terdapat sebuah katil. Apabila saya bertanya berapa ramai orang yang tinggal
di situ, saya diberitahu, "Sembilan." Kem tersebut mengandungi 214 buah
keluarga ataupun 1,110 orang individu. Sudah cukup dengan hanya memasuki
sebuah pondok berlumpur untuk melihat betapa rendahnya taraf hidup mereka.
Pondok tersebut secara umumnya mengandungi dua buah bilik. Terdapat beberapa
periuk dan kuali yang tidak boleh digunakan. Juga terdapat satu atau dua
katil yang sebenarnya tidak kelihatan seperti katil. Seorang ibu duduk
di satu penjuru sambil memangku bayinya. Sumber api bumi digunakan untuk
memasak, yang mana beberapa dahan yang dicari oleh mereka dibakar. Tiada
apa-apa yanag boleh dimakan sama sekali di situ! Saya berasa segan untuk
membuka tudung kuali untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Di dalam
setiap khemah, tiada apa-apa yang dapat dimakan dan tiada ruang untuk
tidur. Sehelai kain kecil yang agak lusuh terdapat di tengah lantai salah
satu dari khemah-khemah yang ada di situ. Mungkin ia digunakan sebagai
bantal. Apabila saya bertanya berapa ramaikah penghuni khemah tersebut,
saya diberitahu 11 orang. Di luar, sebuah periuk sedang mendidih...19
  
Selepas 1980, penguasa-penguasa
Hindu yang anti-Islam di India menjadi lebih kuat dan telah melakukan
serangan-serangan yang besar ke atas umat Islam. Kumpulan-kumpulan
ini mahu memadamkan segala kesan-kesan Islam di India dan telah
menjalankan polisi-polisi asimilasi paksaan, termasuklah pembunuhan.
Di samping itu, pendidikan Islam, membaca al-Quran, dan bersolat
di dalam penjara diharamkan sama sekali. Nama-nama perkampungan
Islam juga telah ditukar kepada nama Hindu. Sentimen keagamaan umat
Islam meningkat dari sehari ke sehari. Acara membakar Al-Quran yang
ditunjukkan dalam gambar di atas adalah satu contoh permusuhan askar-askar
India terhadap Islam. |
Contoh yang diberikan di atas hanyalah satu daripada drama-drama pelarian
yang berlaku di seluruh dunia. Kehidupan jutaan pelarian di Palestin,
penderitaan hampir sejuta pelarian umat Islam sewaktu Perang Kosovo, dan
beratus-ribu lagi pelarian Chechen adalah lebih memilukan.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Kashmir adalah umat Islam.
Sejumlah 700,000 askar-askar India ditugaskan menentang mereka yang
seramai 4 juta orang. Pada tahun 1990-99 sahaja, jumlah wanita,
kanak-kanak dan askar yang dibunuh dalam serangan oleh India melebihi
65,000. Secara purata, 20 orang umat Islam dibunuh setiap hari,
wanita dirogol secara berkumpulan, masjid-masjid dan hospital-hospital
dibom. Sekolah pula dibakar.
|
Di dalam semua situasi tersebut, ada hikmah yang mesti difahami bagi
mereka yang memiliki berkesedaran. Terdapat hikmah bagi setiap peristiwa
yang berlaku di dunia ini, yang mana ia merupakan satu ujian kepada umat
manusia. Pengajaran yang mesti difahami oleh mereka yang beriman tentang
pengalaman tersebut ialah kepentingan untuk memberikan penjelasan tentang
kewujudan Allah dan menyebarkan ajaran al-Quran ke seluruh dunia. Apa
yang perlu dilakukan oleh mereka ialah memenuhi tanggungjawab untuk memerangi
segala fahaman yang cenderung untuk menafikan kewujudan Allah Yang Maha
Esa, dan mencegah kemungkaran serta mengajak manusia untuk melakukan kebaikan.
Dengan cara ini, manusia yang berkesedaran dan benar-benar takutkan Allah
akan muncul, dan segala kezaliman akan dihapuskan. Mereka yang menindas
orang lain akan bertanggungjawab ke atas perkara yang dilakukannya itu,
baik di dunia mahupun di akhirat. Allah telah menjelaskan kebenaran ini
di dalam ayat-ayat yang berikut:
Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya
pasti akan mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang sebelum mereka telah
mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang
jelas. Dan bagi orang-orang kafir ada seksa yang hina. Pada hari Allah
membangkitkan mereka semua, lalu Dia memberitahu mereka segala apa yang
telah dikerjakan. Allah mengumpulkan (mencatatkan) amal perbuatan itu,
padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.
(Al-Mujaadilah, 58: 5-6)
Asas perjuangan ini adalah pertandingan idea-idea yang mesti dilancarkan
untuk menghapuskan segala macam kekejaman, konflik, dan falsafah ateis
yang menyediakan asas kepada kekacauan yang berlaku. Di dalam perjuangan
ini, asas kepada segala keamanan, keharmonian dan kasih-sayang, iaitu
kesedaran manusia, akan digerakkan untuk mengelakkan manusia yang tidak
bersalah dari terus menderita. Allah telah memberikan khabar gembira sebagai
balasan kepada perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil
lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil
itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah
dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21: 18)
Kekejaman yang Diabaikan oleh Dunia
India berupaya melaksanakan polisi durjana yang menindas penduduk Kashmir selama
lebih 50 tahun disebabkan oleh sokongan secara nyata dan juga tersembunyi
yang diterima dari beberapa golongan di Barat. Umat Islam Kashmir berada
di bawah rejim penindas Hindu disebabkan oleh keputusan-keputusan PBB,
yang mana kebanyakannya tidak dilaksanakan. Populasi Kashmir dikuasai
oleh umat Islam. Perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan sokongan
yang diberikan oleh Pakistan telah dilemahkan oleh polisi-polisi berat
sebelah oleh beberapa golongan dari Barat.
PERIKATAN ANTI-ISLAM HINDU DAN YAHUDI

Sebuah artikel yang bertajuk “Kumpulan-Kumpulan Anti-Islam
Bersatu Menerusi Internet” yang diterbitkan di dalam New
York Times pada 2 Jun 2001, telah mendedahkan perhubungan di antara
Hindu dan Yahudi. Laman web yang dikendalikan oleh puak militan
Hindu di Amerika telah ditutup berikutan komplen-komplen yang
mengatakan ia memupuk kebencian terhadap Islam dan menyokong keganasan.
Namun demikian, beberapa hari kemudian laman web ini telah dibuka
semula oleh kumpulan fanatik Yahudi yang tinggal di negara tersebut.
Akhbar-akhbar menyebut tentang asas-asas perhubungan tersebut
seperti berikut:
“Sebuah perikatan yang luar biasa telah membawa dua falsafah
agama yang ekstrem daripada bahagian-bahagian dunia yang berbeza,
yang sekali pandang, hanya memiliki sedikit persamaan. Namun corak
hidup etnik campuran yang rapat di New York telah menjadikan kumpulan-kumpulan
Hindu dan Yahudi yang kecil di sana, memahami bahawa perkongsian
musuh yang sama sudah cukup untuk membina asas-asas persahabatan.
Ikatan anti-Islam mereka sangat kuat... “Kami berjuang untuk
perang yang sama,” kata Rohit Vyasmaan, yang menolong mengendalikan
laman web Hindu itu, HinduUnity.org, dari rumahnya di Flushing,
Queens.
|
Ketika beberapa kumpulan di Eropah cuba untuk mengabaikan
persoalan di Kashmir semungkin yang boleh, beberapa media Amerika telah
melaporkan isu tersebut kepada seluruh komuniti dunia secara subjektif.
Kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa beberapa berita harian Amerika
jarang menyentuh tentang isu penganiyaan di Kashmir. Di dalam laporan
yang mereka buat sekali-sekala, situasi yang berlaku itu hanya digambarkan
sebagai "penindasan yang dilakukan ke atas golongan penderhaka dalaman
di beberapa bahagian di India." Sebagai contoh pada 22 Januari 1990, akhbar
New York Times telah menyuarakan pandangan yang menuduh Pakistan memberi
sokongan kepada puak pemisah Islam di Kas
hmir yang telah merosakkan kestabilan negara itu dan ini seterusnya menimbulkan
kemarahan Pakistan.20 Adalah mudah untuk kita melihat
komen-komen yang subjektif seperti ini di dalam media-media Barat.
Tekanan India di kawasan tersebut dan proses asimilasi yang dilakukan telah menjadi semakin getir sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Telah wujud "puak fanatik Hindu" yang mana kerajaan India mendakwa tidak mampu untuk mengawalnya. Padahal semua orang tahu bahawa konflik di antara mereka hanyalah palsu dan tidak benar sama-sekali. Pergerakan ini bertujuan untuk menghapuskan kesemua umat Islam Kashmir, seperti mana yang dilakukan dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Babur Shah.
Bagaimanakah kita dapat menilai situasi yang sedang berlaku ini? Mengapa masih terdapat segelintir golongan yang membiarkan Kashmir terus berada di bawah penindasan India dan juga turut memberikan sokongan kepada puak pengganas dari negara tersebut? Jawapannya ialah kerana banyaknya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelobi yang anti-Islam. Mereka kadang-kala dapat mempengaruhi dengan hebat sekali corak pengurusan Barat, yang seterusnya mempengaruhi pendirian golongan-golongan prodemokrasi Barat dan juga prokemanusiaan.
Sebagai kesimpulan, umat Islam Kashmir bukan sahaja perlu mempertahankan diri mereka dari India, ataupun kumpulan-kumpulan radikal Hindu, tetapi turut perlu melancarkan peperangan ideologi kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang memberikan sokongan di sebalik apa yang sedang berlaku kini.
Kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam nampaknya menjadi dalang utama kepada
peningkatan tahap propaganda yang sedang berlaku. Kekejaman yang dihadapi
oleh umat Islam Kashmir adalah amat dahsyat. Sepanjang catatan sejarah,
propaganda-propaganda yang disebarkan telah menyebabkan rakyat Kashmir
digambarkan jauh dari keadaan mereka yang sebenar. Kekejaman dan penderaan
yang dikenakan ke atas mereka yang tidak bersalah telah ditutup. Dengan
itu, dunia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Cara manusia
bertindak seolah-olah laporan-laporan daripada pertubuhan-pertubuhan hak
asasi manusia tidak pernah wujud sama sekali. Rakyat Kashmir yang menentang
penindasan India dan berjuang untuk mendapatkan keamanan di tanah air
mereka sendiri, telah digambarkan kepada dunia sebagai "puak pelampau."

|
Padahal hasrat utama rakyat Kashmir, yang telah dikongkong oleh India lebih dari separuh kurun, hanyalah untuk hidup dengan bertunjangkan agama yang mereka anuti, tidak ditindas hanya kerana mereka beragama Islam, dan memiliki tanah tempat tinggal bagi membolehkan mereka membesarkan anak-anak di dalam keadaan yang aman dan selamat.
Hakikat bahawa umat Islam Kashmir tidak dapat menikmati hak-hak asas mereka dan telah pula didera buat sekian lama telah cukup untuk memberitahu kepada kita semua tentang betapa segera dan pentingnya tindakan menyebarkan moral al-Quran ke serata dunia untuk menentang ateisme dan juga untuk manusia yang berkesedaran mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kini.
Jelaslah kini, manusia yang betul-betul sedar tidak boleh menutup mata dan telinga mereka sewenang-wenangnya. Pemberitahuan kepada masyarakat awam tentang ketidakadilan yang sedang berlaku dan menerangkan bahawa sebuah kehidupan yang aman dan adil hanya dapat dicapai dengan mengikuti ajaran al-Quran menjadi tugas penting kepada setiap muslimin ketika ini. Adalah menjadi tugas umat Islam juga untuk memberitahu setiap orang-orang yang beriman tentang berita baik pertolongan dari Allah dan juga nasib malang yang akan menimpa jika mereka tidak berhenti dari terus melakukannya. Ayat-ayat di bawah ini dengan jelas menggambarkan perbezaan ganjaran yang akan diterima oleh mereka yang beriman dan mereka yang zalim:
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang
yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi
(Hari Kiamat), (iaitu) pada hari yang sudah tidak berguna bagi orang-orang
yang zalim untuk meminta maaf, dan bagi merekalah laknat dan mereka akan
mendapat tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu'min, 40: 51-52)
|