|
Bab 11
UNDANG-UNDANG KEDUA TERMODINAMIK
YANG MEMBATALKAN TEORI EVOLUSI
Undang-undang Kedua Termodinamik (thermodynamic -- sains perhubungan
di antara haba dan bentuk tenaga-tenaga lain), yang diterima sebagai salah
satu undang-undang asas fizik, menegaskan bahawa di bawah keadaan semula
jadi semua sistem yang ditinggalkan sendirian berkecenderungan untuk menjadi
berkecamuk, bertaburan dan rosak di dalam tempoh masa yang berlalu. Setiap
benda hidup atau tidak akan merosot, menjadi reput, terlerai dan musnah.
Ini adalah kesudahan yang akan dihadapi oleh semua benda hidup dengan
berbagai cara, dan menurut undang-undang ini proses yang tidak dapat dielakkan
ini tidak akan berulang.
Ini adalah sesuatu yang kita semua dapat perhatikan. Sebagai contoh,
sekiranya kita letakkan sebuah kereta di sebuah padang pasir dan kita
tinggalkan di situ, kamu pasti merasa sukar untuk menerima bahawa ia akan
berada di dalam keadaan yang sempurna apabila kamu kembali semula setahun
kemudian. Sebaliknya, kamu akan dapati tayar-tayarnya telah kempis, tingkap-tingkapnya
telah dipecahkan, rangkanya telah berkarat, dan motornya telah reput.
Proses yang sama berlaku kepada benda hidup, malah lebih pantas lagi.
Undang-undang Kedua Termodinamik bererti apabila proses semula jadi didefinisikan
dengan pertimbangan dan perkiraan fizik.
Undang-undang fizik yang masyhur ini juga dikenali sebagai "The Law of
Entropy". Entropi ialah suatu jangka masa keadaan berkecamuk di dalam
suatu sistem di dalam ilmu fizik. Sistem entropi ini meningkat apabila
ia maju ke hadapan suatu keadaan yang lebih berkecamuk, berselerak dan
tidak tersusun daripada suatu keadaan yang tertib, teratur dan tersusun.
Semakin tinggi suatu sistem ini berkecamuk semakin tinggi entropinya.
Undang-undang Entropi berpegang bahawa seluruh cakerawala ini sedang menuju
ke arah suatu keadaan yang lebih berkecamuk, tidak tersusun dan berselerak.
Kebenaran Undang-undang Kedua Termodinamik atau Undang-undang Entropi
telah disahkan secara eksperimen dan teori. Yang lebih penting ialah para
saintis kini bersetuju bahawa Undang-undang Entropi akan menjadi paradigma
yang menguasai peringkat sejarah berikutnya. Albert Einstein seorang saintis
hebat di zaman kita, menyatakan bahawa ia adalah "undang-undang asas seluruh
ilmu sains". Sir Arthur Eddington, juga merujuk kepada undang-undang tersebut
sebagai "asas undang-undang metafizik seluruh cakerawala ini"
.123
Teori evolusi merupakan sebuah dakwaan yang dibuat dengan membelakangkan
sama sekali undang-undang fizik yang asas dan tepat ini. Mekanisme yang
dikemukakan oleh teori ini amat berlawanan dengan undang-undang ini. Teori
evolusi menyatakan bahawa atom-atom dan molekul-molekul yang bukan organik,
berkecamuk dan tidak tersusun ini, bercantum secara spontan dalam satu
jangka masa di dalam susunan yang tertentu dan merancang untuk membentuk
molekul-molekul yang kompleks seperti protein, DNA dan RNA, setelah menghasilkan
berjuta-juta spesies hidupan berbeza yang mempunyai struktur lebih kompleks.
Menurut teori evolusi lagi, proses ini telah terjadi dengan sendirinya
di bawah keadaan semula jadi. Undang-undang Entropi telah menjelaskan
dengan terang bahawa proses semula jadi ini berlawanan sama sekali dengan
undang-undang fizik.
Saintis-saintis evolusionis juga menyedari kenyataan ini. J.H Rush menyatakan:
Di dalam haluan evolusi yang kompleks, hidupan mempamerkan percanggahan
yang hebat terhadap kecenderungan yang dijelaskan di dalam Undang-undang
Kedua Termodinamik. Di mana Undang-undang Kedua ini menjelaskan bahawa
perkembangan yang tidak dapat diubah oleh peningkatan entropi dan kecamukan,
hidupan berkembang secara berterusan pada peringkat susunan yang tinggi.124
Seorang saintis evolusionis Roger Lewin menerangkan kebuntuan termodinamik
terhadap evolusi di dalam sebuah artikel di dalam majalah Science:
Satu masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli biologi ialah percanggahan
evolusi terhadap Undang-undang Kedua Termodinamik. Semua sistem akan reput
ditelan zaman, memberikan susunan yang berkurangan, tidak lebih
.125
Seorang saintis evolisionis yang lain, George Stavropoulos menerangkan
ketidakmungkinan termodinamik untuk sebuah pembentukan hidupan secara
spontan dan kesukaran dalam menjelaskan kewujudan mekanisme-mekanisme
hidupan yang kompleks oleh undang-undang semula jadi di dalam sebuah majalah
evolusionis yang terkenal American Scientist:
Sehingga kini, di dalam keadaan biasa, tidak terdapat satu pun molekul
organik yang kompleks pernah terbentuk secara spontan tetapi kemudian
terlerai, bertepatan dengan Undang-undang Kedua ini. Sememangnya, semakin
ia kompleks, semakin ia tidak stabil, dan yang lebih pasti, lambat laun
ia akan terlerai juga. Fotosintesis dan proses-proses hidupan lain, dan
hidupan itu sendiri, masih tidak dapat difahami dalam istilah termodinamik
atau sebarang tuntutan sains
.126
Seperti yang telah diketahui, Undang-undang Kedua Termodinamik mengandungi
satu halangan yang tidak dapat diatasi oleh evolusi di dalam kedua-dua
aspek sains dan logik akal. Gagal untuk mengemukakan sebarang penjelasan
saintifik dan konsisten untuk mengatasi halangan ini, evolusionis hanya
dapat menewaskannya di dalam khayalan mereka. Sebagai contoh, seorang
evolusionis terkenal Jeremy Rifkin mencatatkan keyakinan beliau bahawa
evolusi telah melampaui undang-undang fizik melalui suatu "kuasa ajaib":
Undang-undang Entropi menyebut bahawa evolusi telah mengetepikan seluruh
tenaga yang diperlukan untuk hidupan di atas planet ini. Konsep evolusi
kami adalah amat bercanggah. Kami percaya bahawa evolusi entah bagaimana
secara ajaibnya membentuk seluruh nilai dan peraturan di atas bumi
.127
Keterangan ini dengan jelas menunjukkan bahawa evolusi ini hanyalah sebuah
kepercayaan dogmatik palsu.
Mitos "Sistem Terbuka"
Berhadapan dengan kebenaran-kebenaran ini, evolusionis telah mengambil
jalan pintas untuk melepaskan diri daripada jerat Undang-undang Kedua
Termodinamik, dengan mengatakan bahawa ia hanya betul kepada "sistem tertutup"
(closed system) dan "sistem terbuka" (open system) adalah melampaui skop
undang-undang ini.
Sebuah "sistem terbuka" ialah sebuah sistem termodinamik di mana bahan-bahan
tenaga keluar-masuk, tidak seperti sebuah "sistem tertutup" di mana tenaga
dan bahan utamanya adalah kekal. Para evolusionis berpegang bahawa dunia
ini adalah sebuah sistem terbuka: iaitu ia sering terdedah kepada suatu
tenaga yang jatuh dari matahari. Mereka juga percaya bahawa Undang-undang
Entropi tidak melibatkan dunia ini keseluruhannya, oleh itu, hidupan yang
kompleks dapat dihasilkan daripada struktur-struktur yang tidak tersusun,
ringkas, dan mati.
Bagaimana pun, di sini terdapat penyelewengan yang nyata. Fakta bahawa
satu sistem mempunyai suatu tenaga yang mengalir masuk adalah tidak memadai
untuk menjadikan sistem tersebut tersusun. Mekanisme-mekanisme tertentu
diperlukan untuk membolehkan tenaga ini berfungsi. Sebagaimana sebuah
kereta memerlukan sebuah motor, sebuah sistem transmisi dan mekanisme
pengawalan yang bersambung bagi menukarkan tenaga di dalam gasolin untuk
bekerja. Tanpa sistem penukaran tenaga seperti ini, kereta tersebut tidak
akan dapat menggunakan tenaga di dalam gasolin.
Perkara yang sama berlaku di dalam hal hidupan ini. Memang benar hidupan
mendapatkan tenaga daripada matahari. Tetapi, tenaga solar ini hanya dapat
ditukarkan menjadi tenaga kimia oleh sistem penukaran tenaga yang kompleks
di dalam benda hidup (seperti fotosintesis di dalam tumbuhan dan sistem
pencernaan manusia dan haiwan). Tidak ada benda hidup dapat hidup tanpa
sistem penukaran tenaga ini. Tanpa sebuah sistem penukaran tenaga, matahari
tidak ubah seperti suatu sumber tenaga pemusnah yang membakar, memanggang,
atau mencairkan.
Seperti yang dapat dilihat, sebuah sistem termodinamik tanpa sebuah mekanisme
pengubah tenaga adalah tidak berfaedah kepada evolusi, samada ianya terbuka
atau tertutup. Tidak seorang pun mendakwa mekanisme kompleks ini telah
wujud di dalam keadaan semula jadi di bumi purba. Sememangnya, masalah
yang dihadapi oleh evolusionis ialah persoalan bagaimana mekanisme-mekanisme
kompleks seperti fotosintesis di dalam tumbuhan, yang tidak dapat ditiru
oleh teknologi moden, dapat muncul dengan sendirinya.
Aliran tenaga matahari ke bumi tidak memberi kesan yang membolehkannya
tersusun sendiri. Tidak kira betapa tingginya suhu yang dihasilkan, asid
amino tetap menahan pembentukan ikatan-ikatan di dalam sebuah rangkaian.
Tenaga tidak dapat dengan sendirinya membantu asid amino membentuk molekul-molekul
protein yang lebih kompleks, atau untuk protein membentuk dan mengendalikan
struktur-struktur sel-sel organelles yang lebih kompleks dan tersusun.
Sumber utama dan tepat untuk penyusunan di dalam semua peringkat ialah
rekaan yang cermat: atau dengan perkataan lain, ia adalah sebuah ciptaan.
Mitos "Pengorganisasian Sendiri Benda"
Menyedari bahawa Undang-undang Kedua Termodinamik ini telah menjadikan
teori evolusi mustahil, beberapa orang saintis evolusionis telah membuat
beberapa spekulasi untuk merapatkan jurang di antara keduanya dan menjadikan
teori ini diterima. Seperti biasa, usaha-usaha ini hanya menunjukkan bahawa
teori evolusi sedang berhadapan dengan kebuntuan yang tidak dapat dielakkan.
Di antara mereka yang cuba menyatukan termodinamik dan evolusi ialah
seorang saintis Belgian Ilya Prigogine. Dimulakan daripada Teori Chaos,
Prigogine telah mengemukakan sejumlah hipotesis di mana susunan terbentuk
daripada kecamukan. Beliau mendakwa bahawa beberapa sistem terbuka menunjukkan
penurunan di dalam entropi bertepatan dengan satu kesan tenaga luar dan
benda luar yang "menyusun" ini adalah bukti "benda dapat mengorganisasikan
diri sendiri". Sejak itu, konsep "pengorganisasian sendiri benda" ini
telah menjadi amat terkenal di kalangan evolusionis dan materialis. Mereka
berlagak seolah-olah mereka telah menemui asal usul materialistik kepada
kekompleksitian hidupan ini dan penyelesaian materialistik terhadap masalah
asal hidupan.
Tetapi apabila diteliti, jelas bahawa dakwaan ini adalah abstrak dan
tidak lebih daripada harapan kosong. Tambahan pula, ia melibatkan sebuah
penipuan yang sangat janggal. Penipuan tersebut ialah pengeliruan secara
sengaja dua konsep yang berbeza, "pengorganisasian sendiri" dan "penyusunan
sendiri".128
Kita dapat menerangkannya melalui satu contoh. Bayangkan sebuah pantai,
dengan berbagai jenis batu yang bercampur aduk antara satu sama lain.
Batu-batu yang besar, yang kecil dan yang halus. Apabila ombak yang kuat
merempuh pantai tersebut, mungkin akan terbentunk "susunan" di antara
batu-batu tersebut. Ombak akan mengangkat batu-batu yang mempunyai berat
yang sama di dalam jumlah yang sama. Dan apabila ombak itu kembali, batu-batu
tersebut mungkin akan tersusun daripada yang paling kecil hingga yang
paling besar menghadap ke arah laut.
Ini ialah "proses penyusunan sendiri": Pantai tersebut adalah sebuah
sistem terbuka dan limpahan tenaga (ombak) menyebabkannya "tersusun".
Tetapi proses yang sama tidak akan dapat membentuk sebuah istana pasir
di pantai tersebut. Sekiranya kita melihat sebuah istana pasir, kita pasti
yakin bahawa seseorang telah membuatnya. Perbezaan di antara istana pasir
dan batu-batu yang "tersusun", ialah pembentukannya melibatkan kekompleksitian
yang unik, sementara yang satu lagi pula hanya melibatkan susunan yang
berulang. Ia seperti sebuah mesin penaip yang menaip "aaaaaaaaaaa" beratus-ratus
kali - kerana satu objek (satu limpahan tenaga) telah terjatuh pada huruf
"a" di atas papan kekunci. Sudah tentu, susunan huruf "a" yang berulang-ulang
ini tidak mengandungi sebarang maklumat dan kekompleksitian. Kamu memerlukan
pemikiran yang terancang untuk mendapatkan satu rangkai huruf yang mengandungi
maklumat.
Perkara yang sama berlaku apabila angin memasuki sebuah bilik yang berdebu.
Sebelum limpahan tenaga ini (angin), debu-debu tersebut mungkin berada
di dalam keadaan berkecamuk. Apabila angin masuk, debu-debu tersebut mungkin
akan terkumpul di suatu sudut di dalam bilik itu. Ini ialah "penyusunan
sendiri". Tetapi debu-debu ini tidak pernah "mengorganisasi sendiri" dirinya
dan membentuk gambar seorang lelaki di atas lantai bilik.
Contoh-contoh ini sama dengan senario "pengorganisasian sendiri" evolusionis.
Mereka mendakwa benda mempunyai satu kecenderungan untuk mengorganisasikan
diri sendiri, kemudian memberikan contoh-contoh penyusunan sendiri dan
kemudian cuba mengelirukan di antara kedua-dua konsep ini. Prigogine sendiri
telah memberikan contoh-contoh penyusunan sendiri molekul ketika dilimpahi
tenaga. Saintis Amerika Thaxton, Bradley dan Olsen, telah menjelaskan
fakta berikut di dalam buku mereka bertajuk "The Mystery of Life's Origin":
... Di dalam setiap kes pergerakan molekul-molekul secara rawak di dalam
bendalir, ia telah digantikan secara spontan oleh perlakuan yang teratur.
Prigogine, Eigin dan mereka yang lain menyarankan bahawa jenis pengorganisasian
yang sama mungkin telah berlaku di dalam organik kimia dan boleh dianggap
sebagai inti pati makromolekul bagi sistem hidupan. Tetapi perbandingan
seperti ini kurang relevan untuk persoalan asal-usul-kehidupan. Masalah
utamanya ialah mereka tidak dapat membezakan di antara aturan dan kompleksiti...
selalunya aturan tidak dapat menyimpan maklumat-maklumat yang besar yang
diperlukan oleh sistem hidupan. Sebuah struktur yang janggal memerlukan
lebih daripada hanya sebuah struktur yang teratur. Ini merupakan kesilapan
yang serius pada perbandingan yang disebutkan. Tidak ada sebarang kaitan
di antara aturan spontan yang berlaku daripada kesilapan tenaga melalui
sistem-sistem dan kerja-kerja yang diperlukan untuk membina maklumat yang
tidak berkala - makromolekul intensif seperti DNA dan perotien.
.129
Sebenarnya, Prigogine sendiri terpaksa menerima bahawa argumen beliau
tidak bertepatan dengan asal usul hidupan. Beliau menyebutkan:
Masalah susunan biologi ialah berkaitan dengan perpindahan daripada aktiviti
molekul kepada susunan supermolekul sebuah sel. Masalah masih tidak dapat
diselesikan lagi.
.130
Mengapa evolusionis masih mahu mempercayai senario-senario yang tidak
saintifik seperti "pengorganisasian sendiri benda"? Mengapa mereka mendesak
untuk menolak manifesto bijaksana di dalam sistem hidupan? Jawapannya
ialah kerana, mereka mempunyai kepercayaan yang dogmatik terhadap materialisme
dan mereka yakin bahawa kebendaan mempunyai sejenis kuasa misteri yang
dapat menjadikan hidupan. Seorang profesor kimia daripada Universiti New
York dan seorang pakar DNA, Robert Shapiro menjelaskan kepercayaan evolusionis
ini dan dogma materialistik yang mendasarinya, seperti berikut:
Prinsip evolusion lain menyebabkan kita terpaksa melintasi jurang campuran
bahan kimia semula jadi yang ringkas kepada penyalinan efektif yang pertama.
Prinsip ini masih belum digarap dengan teliti atau didemontrasikan, tetapi
ia telah diterima, dan telah diberikan nama seperti evolusi kimia dan
pengorganisasian sendiri benda. Kewujudan prinsip ini telah diperakui
di dalam falsafah dialetik materialisme, seperti yang telah disebutkan
di dalam Origin of Life, oleh Alexander Oparin
.131
Semua situasi ini membuktikan dengan jelas bahawa evolusi adalah sebuah
dogma yang bersalahan dengan sains yang empirikal dan asal usul hidupan
hanya dapat dijelaskan oleh campur tangan satu kuasa supernatural. Kuasa
supernatural tersebut ialah ciptaan Allah, yang menjadikan sekalian alam
daripada kekosongan. Sains telah membuktikan bahawa proses evolusi adalah
mustahil, seperti mana yang telah dibuktikan oleh termodinamik dan kewujudan
hidupan tidak akan dapat dijelas melainkan sebagai Ciptaan.
|